objektif : mengukuhkan pemahaman nombor 1-5
aktiviti : memasukkan guli untuk mengukuhkan pemahaman no 1-5
alatan : guli , bekas plastik ( aku gunakan bekas sumi... cawan pun bleh pakai yang plastik la... )sudu, pengepit kuih,
arahan :
- meminta amer memasukkan setiap bekas sebiji guli
- meminta amer memasukkan setiap bekas dua biji guli
- meminta amer masukkan setiap bekas 3 biji guli sambil mengira
- meminta amer memasukkan setiap bekas 4 biji guli sambil mengira
- meminta amer memasukkan setiap bekas 5 biji guli sambil mengira
- aktiviti bebas ... memasukkan berapa sahaja guli dalam besen dan meniru gaya ibu memasak... (alahai anak, apa yang amer nampak itulah yang amer tiru,,..... )
- ibu memasukkan bilangan yang berbeza di dalam bekas dan meminta amer mengira
ulasan :
# sudah boleh mengira 1-5. amer dapat mengira dengan tepat bilangan guli yang aku letakkan dalam bekas plastik
bersambung xtvt lain pulak.....
No comments:
Post a Comment