10 Sept 2013

kenduri lagi

aku rasa tahun paling banyak kenduri.... kawen, dan paling banyak aku mintak cuti.... cuti...cuti sampai bos pun dah tak bleh nak kata apa... alasannya ada kenduri dan majlis melibatkan keluarga yang tak boleh nak diabaikan..... thanks bos kerana memahami......


berbalik kepada kenduri yang bakal diadakan rasanya kenduri buat secara kecil-kecilan sahaja untuk doa selamat dan tanda kesyukuran dengan kurniaan ALLAH.....

tahun ni mak aku dapat dua menantu perempuan menambahkan lagi bilangan perempuan dalam keluarga aku...bertambah meriah la..... terima kasih pada mak aku yang sentiasa buat yang terbaik untuk kami adik beradik....

ayah aku adalah orang yang paling sibuk bila time macam ni.... semua dok mencari dia... sembelih lembu... khemah... beli barangan dapur....  bila time masak ramai. inilah ketua keluarga kami... tunggak utama...

aku rasa bahagia dengan keluarga besar kami... terselit rasa tersedu hati tu perkara biasa... tapi .... kemaafan adalah sesuatu yang sangat indah dan silaturahim makin kukuh....

aku suka sangat bila time keluarga kumpul ramai-ramai cam ni..... ceria...


dan aku mohon pada Mu Ya Allah moga permudah dan lancarkan perjalanan Majlis Kesyukuran pada 14 September ni....