18 Nov 2012

resepi....che' wan seri

salam....


ni nak kongsi resepi bonda aku... rasa cam sedap jer aku buat so nak kongsi la... kalu ada sesapa yang nak buat untuk menambat hati suami, bakal suami atau mentua atau bakal mentua....

sila lah mencubanya di rumah......


kuih ketayap

bahan untuk inti

1. kelapa muda yang boleh diparut...
jangan pakai kelapa tua... rasanyer nanti tak sedap rasa hampas kelapa jer... aku dah try .... tapi makan gap....
2.gula melaka/ nissan kata orag trg....
yang ni kalu nak manis letak banyak.... kalu x nak letak skit le... aku buat untuk 1/2 kelapa aku letak... 2 keping nisan...
3. daun pandan .... ni untuk naik kan bau... memang masa tengah masak dan mendidih kat dapur... rasa macam nak makan jer.....
4.sidikit garam... untuk tambah perisa
5.sedikit gandum...
6.air

bahan untuk tepung
1. tepung gandum
2.telor ayam
3.pewarna hijau
4. air
5.sedikit garam


cara membuat

1. masukkan gula melaka  dalam air... masak hinggak gula melaka hancur dan tapis air tersebut.
2.masukkan air gula melaka, sedikit garam, kelapa parut dan daun pandan dalam kuali dan masak hingga hampir kering.
3.setelah hampir kering bancuh sesudu gandum dan masukkan ke dalam inti tadi...masak hingga betul-betul kering dan kelihatan berkilat...

untuk bancuhan tepung

1. masukkan tepung gandum, telor dan pewarna, kacau seketika dan masukkan sedikit garam dan air...
2. adun sehingga semuanya sebati.... kalu rajin anda boleh tapis... kalu tak rajin blender ajer... supaya tiada ketulan gandum yang tinggal...
3. pastikan adunan tidak terlalu cair dan pekat....kalu cair... kulit ketayap anda mudah pecah dan kalu terlalu pekat kulit ketayap tidak masak dan terlalu tebal
untuk pastikan adunan ini ok.... try dulu first... kalu apabila dilenggang pada kuali... dia bergerak cantik dan smooth jer... di kira ok,,... la....try dan try lagi..
tapi sebelum tu kuali tu mesti di sapu minyak sedikit.. kalau tak mesti melekat kat kuali.....
4.tunggu hingga tepi adunan tepung tadi terangkat sedikit, barulah adunan tadi betul- betul masak....tapi jangan terlalu lama...nanti ke langit pulak
5. dah masak tu angkat dan masukkan inti....gulung la.. sesuka hati.... ini di namakan juga kuih gulung.....

sekian terima kasih.... boleh la mencuba dengan jayanya.....

perkembangan anak.....siri 1

bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan tertentu yang akan menjadi kayu pengukur untuk ibu bapa menilai tahap sebenar anak-anak... tetapi tahap perkembangan ini hanya menjadi panduan kepada ibu bapa supaya dapat merangsang anak-anak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya...

di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada buku yang telah d terjemahkan....UJI ANAK ANDA....oleh Dr Miriam Stoppard ...terbitan tahun 1991.....


berpandukan buku ini dapat menjangkakan perkembangan yang sepatutnya mengikut usia kanak-kanak..dan mengikuti saranan-saranan yang diberikan untuk menggalakkan lagi perkembangan anak-anak dari segi perkembangan mental, gerak alih, manipulasi, sikap suka bergaul, pengawalan pundi-pundi kencing, pengawalan usus besar, personaliti dan pertuturan...

tetapi sebelum saya pergi lebih lanjut membicarakan soal perkembangan anak-anak... kita perlu tahu peranan sebenar kita sebagai ibubapa... peranan ibu bapa sangat penting dalam menilai perkembangan dn kemampuan anak-anak... ibu bapalah yang akan mewarnai kanvas putih anak-anak--- hitam yang kita lakarkan dan pamerkan maka ... hitam lah yang akan membentuk imejnya.... andai warna indah dan ceria maka ceria dan cerahlah harapan....

dalam islam... anak adalah amanah yang amat berat untuk ibubapa... anak adalah anugerah dan anak adalah ujian buat ibu bapa.....

akan bersambung......

15 Nov 2012

buah hatiku.....anakku sayang

salam maal hijrah... hijrahkan minda dan segala perangai tak baik dan tak senonoh tu jadilah insan yang beramal pada orang tua... salam sejahtera dan kegembiraan berkekalan buat che dan ayah kat kampung...

moga kalian berdua beroleh berkat dan hidup yang gembira serta tenang di saat bulan madu tanpa tangisan anak-anak.... aku harap sangat bonda dan ayahanda gembira hatinya melakukan ibadah kepada ALLAH.....

aku anak mu berusaha dengan gigih moga hati kalian gembira dengan adanya anak seperti kami.....rasa nya itu yang diharapkan oleh semua ibu bapa...

aku sendiri punya pengharapan yang tinggi untuk anak aku.... aku paling harapkan dia dapat doakan dan hadiahkan al fatihah untuk aku setiap saat untuk aku apabila aku dah tiada kelak....wahai anak jadilah orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH.

buah hati ibu,.... anakku sayang...

13 Nov 2012

persiapan pertunangan......

selamat bertunang buat adik aku... ai... rasa ari tu kecik lagi adik aku ni... tup-tupp dah nak bertunang...rasa kejap jer dia ngan pampers dia menggeliat atas katil masa bangun tidur... masa tu rasa umur dia dua tahun...atau  3 tahun..... teramat deras masa yang berlalu dan masa tu takkan balik lagikan... rindu kenangan dulu main tepian sungai.... hua.....rindu e.......

tahniah la.... skarang dah jadi tunang dan bakal jadi suami orang ,,.... tanggungjawab pasti akan lebih lagi...tanggungjawab pada keluarga...ibubapa.... dan yang penting tuhan ALLAH yang Maha Esa....

aku hanya doakan agar berbahagia... dan menuju jalan yang lurus....


sepanjang tempoh persediaan tu kecoh gak la... pada awal e... dia cakap nak tunang, masa tu raya puasa.... dah diam... senyap.... gelap pekat ... takder khabar berita nak buat ke tak... tup-tup .... cik seri kita tepon kompem jadi buat raya haji yang ketiga... e... jadi la pulak... aku pulak dah plan nak balik beraya kat kg suami aku... telok bakong...perak... camner ni....takkan nak balik dua-dua kg rabak dan tak cukup la duit nak raya ni....

last-last aku ambik keputusan nak pergi dari perak..... dan bila time dah tiba... aku buat la hantaran 5 dulang untuk pertunangan ni...


1) sirih- belum siap... sirih hidup ada kat adik aku kat penang...aku just cucuk bunga n hiaskan bakul sahaja
2)coklat & cincin- aku hiaskan bakul and tambah bunga pastu letak coklat yang aku tempah dr opis mate aku... n tabur gula-gula... dah siap
3)buah-aku letak dalam bakul dan letak la bunga serba sedikit... bagi aku dah cantik ... and then letak saletap....banyak-banyak---takut nanti nak bawak penang ... beterabur la plak.....
4)tuala & kain batik-- yang ni aku cuma buat bakul jer nak isi...sebab barang-barang ada kat che,... yang bab gubah bila dah sampai penag baru buat... tapi tak pakai pun sebab buat gubahan tu dah tak muat bakul letak atas talam yang che beli jer... yang ni mak sedara aku buat,,...
5) kek-- yang nni adik aku yang dekat penang uruskan....
gambar semua ada ngan adik aku... jadi x bleh masuk dalm blog....

apa yang penting ALHAMDULILLAH semua berjalan lancar dan tiad sebarang kerumitan dalam majlis ni... ALLAH permudahkan jalan nak bina masjid ni....

time aku sampai kat umah tumpangan tu... punya la rindu kat ayah aku... peluk cium ... rasa cam nak nangis pun ada... ayah aku lagi a sedih ramai anak e tak balik raya kali ni... kata nye... duduk kat tepi dinding termenung.... meruntum jiwa betul cakap ngan ayah ni... sedih ui,.... nanti aku sambung balik citer raya haji...

1 Nov 2012

kerja....kerja....kerja...

jom kita bekerja... rajin-rajin lah kerja....


niatkan segala kerja kita kerana ALLAH.. barulah gaji yang kita dapat berkat,.... segala ibadatku...solatku .... hidup dan mati ku hanya kerana mu ya ALLAH....

jumaat....hari istimewa

salam kepada semua ... harap pada hari jumaat yang ceria ni akan menjadi hari yang baik dan akan menjadi permulaan baik untuk penghijrahan.... hari ini aku rasa nak tulis banyak benda tapi bergantung pada masa dan keadaan juga lah... dah lama betul aku tak menggunakan tangan dan otak yang dikurniakan ALLAH ni untuk menulis... rasa macam kering idea... (betul ke ejaan aku nih)... betapa lamanya aku tak menulis....

buat insan yang bernama sahabat aku masih ingat akan jasa dan kegembiraan kita sepanjang bersama/.... besarnya jasa tak terbalas dek harta benda... dan aku doa kan kau bahagia dunia dan akhirat moga..kita akan bersama lagi... di akhirat kelak meneruskan persahabatan kita... dia ni masih hidup... tapi susah bebenor nak jumpa...maklumlah aku kat putra perdana dia nun kat kuala berang... tapi betul cakap dia banyak betul tolong aku dalam waktu aku susah atau pun senang...

pencarian sahabat ni sangat sukar dan kalu jumpa 1 dalam sejuta yang sanggup bersusah payah dan menangis meratap bersama... aku memang lega ada sahabat macam ni... tapi tak buleh puji lebih-lebih... melambung plakk.... hei... cikgu ena ... apa khabar ari ni.... promote nama mung  bleh kan... rasa rindu plak nak jumpa ... rasa cam dah lama tak jumpa ... banyak nak citer n nak kutuk mung/.... masa dah cukup a.... aku blah dulu ada masa aku tulis lagi...


hidup perlu di teruskan walau apa rintangan ..