27 Apr 2014

mandi dan membilang

aktiviti 4 : mandi sambil membilang 

objektif  : mengukuhkan lagi pemahaman membilang  1-5

aktiviti : membilang anggota badan ketika mandi 

alatan : peralatan mandi 

 arahan : 
  • meminta amer mandi
  • meminta amer menggunakan sabun dan membersihkan diri
  • meminta amer menunjukkan anggota badannya 
  • meminta amer membilang mata, hidung, mulut, telinga, tangan, kaki, jari tangan kanan, jari tangan kiri jari kaki kanan jari kaki kiri dan pusat 
  • menerangkan serba sedikit tentang fungsi anggota badan
    • mata- melihat 
    • mulut- bercakap dan makan
    • tangan - memegang, mengambil, membaling berdoa 
    • kaki- berjalan
    • jari-mencubit
  • menerangkan kenapa Allah bagi anggota badan kepada Amer - supaya amer bersyukur( tapi nampak macam amer tak berapa faham konsep bersyukur ~ibu kena cari cara yang lebih baik untuk mamahamkan amer tentang konsep bersyukur~
ulasan : 

#ibu amat gembira amer dah  boleh membilang daripada 1-5

#supaya amer bersyukur( tapi nampak macam amer tak berapa faham konsep bersyukur 
~ibu kena cari cara yang lebih baik untuk mamahamkan amer tentang konsep bersyukur~

MENULIS NOMBOR 1-5

aktiviti 3 : menulis nombor 1-5

objektif : memahirkannya menulis nombor 1-5

aktiviti : menulis nombor 1,2 dan 3

alatan : lembaran kertas yang mengandungi nombor 1, nombor 2, dan nombor 3
            pencil dan  magic pen 

arahan :
  • meminta amer menulis nombor 1 dengan mengikut titik yang membentuk nombor 1
  • meminta amer menulis nombor 1 di petak yang kosong tanpa mengikut titik-titik.
  • meminta amer menulis nombor 2 dengan mengikut titik yang membentuk nombor 2
  • meminta amer menulis nombor 2 di petak yang kosong tanpa mengikut titik-titik.
  • meminta amer menulis nombor 3 dengan mengikut titik yang membentuk nombor 3
  • meminta amer menulis nombor 3 di petak yang kosong tanpa mengikut titik-titik.
ulasan : 

# pada pemerhatian ibu amer dan boleh tulis nombor satu dan dua dengan baik tetapi nombor tiga agak mengelirukan mungkin amer menggunakan tangan kiri untuk menulis. permulaan menulis nombor satu bermula dari atas tetapi amer nampaknya lebih biasa bermula dari bawah ke atas.  begitu juga nombor dua. bermula dari kanan ke kiri. setelah ibu ajar amer cara penulisan yang betul .... dia berjaya menulisnya dengan baik...

25 Apr 2014

nombor lagi

aktiviti  2 : 25 April 2014

objektif : mengukuhkan pemahaman nombor 1-5

aktiviti : memasukkan guli untuk mengukuhkan pemahaman no 1-5

alatan : guli , bekas plastik ( aku gunakan bekas sumi... cawan pun bleh pakai yang plastik la... )sudu, pengepit kuih,


arahan :

  •  meminta amer memasukkan setiap bekas sebiji guli
  • meminta amer memasukkan setiap bekas dua biji guli 
  • meminta amer masukkan setiap bekas 3 biji guli sambil mengira
  • meminta amer memasukkan setiap bekas 4 biji guli sambil mengira
  • meminta amer memasukkan setiap bekas 5 biji guli sambil mengira 
  • aktiviti bebas ... memasukkan berapa sahaja guli dalam besen dan meniru gaya ibu memasak... (alahai anak, apa yang amer nampak itulah yang amer tiru,,..... )
  • ibu memasukkan bilangan yang berbeza di dalam bekas dan meminta amer mengira 

ulasan :

# sudah boleh mengira 1-5. amer dapat mengira dengan tepat bilangan guli yang aku letakkan dalam bekas plastik 


                                                                                                                  bersambung xtvt lain pulak.....




           
 

24 Apr 2014

99 nama-nama ALLAH.....ALLAH

ALLAH adalah Pencipta segala makhluk daripada yang tiada kepada ada...
ALLah yang menciptakan langit dan bumi
ALLAH yang mencipta manusia, haiwan dan tumbuhan
ALLAH pencipta yang Maha Agung....
ALLAH....ALLAH....ALLAH...ALLAH

mengenal nombor 1-5



skang ni masa untuk aku mula mengajar anak aku mengenal nombor...
memahami nombor dan membilang dari satu hingga lima... walaupun umur dah masuk 3 tahun lebih tapi aku tidak pernah mengajar dia secara langsung... cuma secara tidak langsung semasa menaiki tangga sahaja
bermula april aku telah membuat jadual untuk mula memperkenalkan dia secara rasmi pembelajaran.. tetapi permulaan april yang agak menyedihkan ini membataskan perancangan aku....
jadi bermula minggu ini 21 april aku start mengenalkan dia nombor 1, 2, 3, 4 dan 5

aku tulis pada sekeping kertas dan aku tunjukkan dia


aktiviti pertama :  21/04/2014 - 9.00 malam -9.20 malam

objektif  : mengenal nombor 1-5

aktiviti : memperkenalkan nombor dan bentuk 1, 2, 3, 4 dan 5

alatan : marker pen, highlight, kad manila kecil

ulasan : 

#sudah boleh membilang dengan urutan nombor 1-5

#mengenal nombor 1, 3, 4

#masih keliru antara no 2 & 5

(perlu belajar sambil bermain supaya lebih gembira untuk belajar)

                                                                                                                                 bersambung ........






16 Apr 2014

pergi tak kembali

salam...

bulan ini adalah bulan kesedihan buat kami sekeluarga... nenda tercinta telah pergi meninggal kami dengan tenang sekali....

Al fatihah buat insan yang sangat suka bercerita  dan sangat tenang dalam setiap tingkahlaku... insan yang banyak mengajar tentang kesabaran dan yang terlalu banyak mencurahkan kasih sayang buat cucu-cucu...

Insan ini yang setiap kali pulang ke kampung akan menjadi tempat untuk mencurahkan apa sahaja cerita...

namamu ... tingkahmu... kasih sayang mu terpahat kukuh dalam ingatan kami cucundamu....


pada tanggal 5hb April 2014 jam 8.40 malam wan pergi meninggalkan kami semua dengan tenang...

Ya Allah rindu nya aku pada wan....