28 Sept 2014

memasukkan manik pelbagai saiz menggunakan penyepit

aktivit : memasukkan pelbagai saiz manik ke dalam bekas

oblektif : mengukuhkan fine motor skill

alatan : manik pelbagai saiz, bentuk dan blok yang berlubang di belakangnya (membolehkan amer menyepitnya), kapas muka bulat,  bekas,  penyepit, pinggan (atau apa bekas untuk meletakkab manik)

arahan :

  • ibu telah memasukkan kapas muka bulat ke dalam pinggan dan meminta amer menggunakan penyepit dan memasukkan dalam bekas yang lain
  • setelah habis amer buat, ibu masukkan pula blok plastik yang ada lubang di belakangnya
  • semua selesaikan ibu masukkan manik pelbagai saiz dan bentuk dan meminta mengambil menggunakan penyepit satu persatu  dan masukkan dalam bekas (ibu guna botol ubat) 
ulasan :

# amer dapat ambil semua barang tadi dengan baik dan benda yang paling susah di ambil adalah manik besar berbentuk hexagon...

# amer juga boleh menggunakan penyepit dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan tapi lebih kepada tangan kiri..

#untuk aktiviti ini ibu rasa amer akan cepat bosan kalau menggunakan material yang sama... oleh itu perlu gunakan pelbagai objek...selain dapat membuang rasa bosan ini boleh membuatkan dia berusaha menggunakan pelbagai cara untuk mengambil objek tersebut..

#untuk ibu-ibu tidak perlu menggunakan barangan atau objek yang mahal... boleh juga menggunakan penutup botol/ kapas muka/ manik jahitan yang agak besar/ benang bulu (untuk mengait)

#anak-anak sangat gembira melakukan aktiviti ini... tapi jangan ambil masa yang terlalu lama mereka akan mula bosan  



16 Sept 2014

mengenal jenis sukan

aktiviti : mengenal nama sukan dan peralatannya

objektif : memeperkenalkan beberapa aktiviti sukan yang biasa dilihat di akhbar

alatan : surat khabar

arahan :


  • bersama-sama amer membelek surat khabar di bahagian sukan 
  • ibu menunjukkan gambar aktiviti sukan dan menerangkan secara ringkas 
    • bola sepak - perlukan sebiji bola dan gol berpasukan dan bermain secara beramai-ramai
    • badminton - memerlukan raket, bulu tangkis dan jaring berlawan satu sama satu atau berdua
    • tenis - memerlukan raket, bola tenis dan jaring bermain satu lawan satu
    • hoki - kayu hoki, bola hoki dan gol bermain secara berpasukan 
    • golf - kayu golf dan bola golf cara bermain memukul bola untuk masukkan dalam lubang
ulasan :
# ibu perlu cari lebih banyak info tentang sukan berkenaan , mungkin cara permainan dan penentuan kalah menang
# boleh juga menceritakan tentang kebaikan sukan kepada tubuh badan 
#lebih galakkan aktiviti bersukan secara sihat dan kebiasaan dari pemerhatian ibu amer sangat aktif dan perlu meyalurkan tenaga aktif amer dengan bersukan 
#boleh menunjukkan lebih banyak aktiviti sukan

9 Sept 2014

mengenal buah-buahan

aktiviti : mengenal buah-buahan

objektif : memperkenalka kategori buah-buahan untuk amer

alatan : masih menggunakan blok  murah ( atas permintaan amer kerana ni permainan baru jadi asyik nak main yang itu jer...)

arahan :

  • meminta amer memilih mainan apa yang hendak dimainkan 
  • dia mengambil blok dan ibu meminta amer menyelerakkan blok tersebut 
  • meminta amer memilih gambar buah-buahan dan menyusunya secara sebaris
  • ibu menerang kebaikan buah kepada amer.
    • buah-buahan ni kita makan 
    • ada vitamin tertentu yang diperlukan untuk badan amer membesar
    • " buah ni dapat buat amer berak tak keras  dan tak sakit bontot amer : aku guna bahasa yang lebih mudah dia faham-supaya tidak sembelit la
    • buah ni sedap dan mengenyangkan
    • bila kena makan buah~seelok-elok sebelum makan nasi dan masa senggang
  • amer dapat menyebut : 
    • epal
    • anggur
    • orange
    • tomato (amer sebut mato jer)
    • pear(ni dia tak tau)
    • cherry (ni pun dia tau nama )
ulasan 
# amer masih tidak boleh atau tidak mengenali nama buah-buahan dengan betul tetapi tahu itu adalah buah dan boleh makan

# ibu akan berusaha mengenalkan amer dengan nama buah-buahan mungkin akan membawanya ke pasaraya besar untuk memberi gambaran atau bentuk sebenar buah-buahan 

7 Sept 2014

mengenal kenderan

aktiviti : mengenal kenderaan yang berada di air, udara dan darat

objektif : supaya amer mengetahui apakah yang dinamakan kenderaan

alatan : blok yang mempunyai pelbagai gambar : ibu beli blok kat kedai RM 2.00 dan harganya pun RM                   2.00la (sangat murah dan berbaloi- tapi blok ni dibuat daripada plastik je la)

arahan :
1. meminta amer membuka mainannya dan menyelerakkan
2. dan menyatakan tentang sifat kenderaan.... menjadi pengangkutan kepada manusia...    membawa sesuatu     atau sesiapa sahaja ke tempat yang dituju..... kebiasaannya mempunyai roda dan keupayaan untuk                 bergerak (amer macam paham tetapi masih ada lagi yang dia tidak paham)
3. memintanya mencari pada setiap blok- minta dia cari dan berikan nama
 ~ basikal
~ kereta
~ keretapi
~ kapal terbang
~ motorsikal (amer kata motor saja... bukan motorsikal- aku ikut kan saja)
~ lori
~ bas
~kapal laut (ini amer tak tahu tapi dia boleh tunjukkan gambar ini)

4. ibu suruh susun dan sebut lagi sekali  ( masih tak ingat nama kapal laut )- mungkin tak pernah tengok...
5. ibu terangkan kenderaan ini berada di air, udara atau laut...


ulasan

1. hari ini sangat gembira amer dapat mengenal kenderaan kecuali kapal laut
2. ibu cuba membawa amer mungkin ke pantai atau berhenti sekejap dalam perjalanan balik kampung untuk     menunjukkan kepada amer bagaimana rupa kapal, bot dan perahu sebenar. suapaya dia dapat bezakan.