23 Oct 2014

menggunting straw

aktiviti : menggunting straw

objektif: mengukuhkan fine motor skill ( untuk penulisan)

alatan : gunting, straw dan bekas plastik

arahan :

  • ibu meminta amer mengambil gunting (pastikan gunting untuk kanak-kanak)
  • ibu mengajar cara memegang gunting dan straw supaya tidak mencederakan tangan
  • ibu meminta amer menggunting straw dan memasukkan ke dalam bekas
  • membiarkan dia berseronok dengan guntingnya dan straw
 ulasan 

# amer sangat teruja menggunakan gunting, ibu perlu lebih berhati hati dan selalu memberi perhatian

#di masa akan datang ibu akan menggunakan bahan yang perlainan contoh seperti doh, kertas tebal spt kotak dan daun-daun kering 

#pada pandangan ibu perlu memperbaiki lagi skill menggunakan gunting ini... pegangannya sangat kejap... perlu pengulangan agar lebih mahir

#hasil guntingan juga pelbagai saiz dan rupa... 

chayook my boy 

28 Sept 2014

memasukkan manik pelbagai saiz menggunakan penyepit

aktivit : memasukkan pelbagai saiz manik ke dalam bekas

oblektif : mengukuhkan fine motor skill

alatan : manik pelbagai saiz, bentuk dan blok yang berlubang di belakangnya (membolehkan amer menyepitnya), kapas muka bulat,  bekas,  penyepit, pinggan (atau apa bekas untuk meletakkab manik)

arahan :

  • ibu telah memasukkan kapas muka bulat ke dalam pinggan dan meminta amer menggunakan penyepit dan memasukkan dalam bekas yang lain
  • setelah habis amer buat, ibu masukkan pula blok plastik yang ada lubang di belakangnya
  • semua selesaikan ibu masukkan manik pelbagai saiz dan bentuk dan meminta mengambil menggunakan penyepit satu persatu  dan masukkan dalam bekas (ibu guna botol ubat) 
ulasan :

# amer dapat ambil semua barang tadi dengan baik dan benda yang paling susah di ambil adalah manik besar berbentuk hexagon...

# amer juga boleh menggunakan penyepit dengan kedua-dua tangan kiri dan kanan tapi lebih kepada tangan kiri..

#untuk aktiviti ini ibu rasa amer akan cepat bosan kalau menggunakan material yang sama... oleh itu perlu gunakan pelbagai objek...selain dapat membuang rasa bosan ini boleh membuatkan dia berusaha menggunakan pelbagai cara untuk mengambil objek tersebut..

#untuk ibu-ibu tidak perlu menggunakan barangan atau objek yang mahal... boleh juga menggunakan penutup botol/ kapas muka/ manik jahitan yang agak besar/ benang bulu (untuk mengait)

#anak-anak sangat gembira melakukan aktiviti ini... tapi jangan ambil masa yang terlalu lama mereka akan mula bosan  



16 Sept 2014

mengenal jenis sukan

aktiviti : mengenal nama sukan dan peralatannya

objektif : memeperkenalkan beberapa aktiviti sukan yang biasa dilihat di akhbar

alatan : surat khabar

arahan :


  • bersama-sama amer membelek surat khabar di bahagian sukan 
  • ibu menunjukkan gambar aktiviti sukan dan menerangkan secara ringkas 
    • bola sepak - perlukan sebiji bola dan gol berpasukan dan bermain secara beramai-ramai
    • badminton - memerlukan raket, bulu tangkis dan jaring berlawan satu sama satu atau berdua
    • tenis - memerlukan raket, bola tenis dan jaring bermain satu lawan satu
    • hoki - kayu hoki, bola hoki dan gol bermain secara berpasukan 
    • golf - kayu golf dan bola golf cara bermain memukul bola untuk masukkan dalam lubang
ulasan :
# ibu perlu cari lebih banyak info tentang sukan berkenaan , mungkin cara permainan dan penentuan kalah menang
# boleh juga menceritakan tentang kebaikan sukan kepada tubuh badan 
#lebih galakkan aktiviti bersukan secara sihat dan kebiasaan dari pemerhatian ibu amer sangat aktif dan perlu meyalurkan tenaga aktif amer dengan bersukan 
#boleh menunjukkan lebih banyak aktiviti sukan

9 Sept 2014

mengenal buah-buahan

aktiviti : mengenal buah-buahan

objektif : memperkenalka kategori buah-buahan untuk amer

alatan : masih menggunakan blok  murah ( atas permintaan amer kerana ni permainan baru jadi asyik nak main yang itu jer...)

arahan :

  • meminta amer memilih mainan apa yang hendak dimainkan 
  • dia mengambil blok dan ibu meminta amer menyelerakkan blok tersebut 
  • meminta amer memilih gambar buah-buahan dan menyusunya secara sebaris
  • ibu menerang kebaikan buah kepada amer.
    • buah-buahan ni kita makan 
    • ada vitamin tertentu yang diperlukan untuk badan amer membesar
    • " buah ni dapat buat amer berak tak keras  dan tak sakit bontot amer : aku guna bahasa yang lebih mudah dia faham-supaya tidak sembelit la
    • buah ni sedap dan mengenyangkan
    • bila kena makan buah~seelok-elok sebelum makan nasi dan masa senggang
  • amer dapat menyebut : 
    • epal
    • anggur
    • orange
    • tomato (amer sebut mato jer)
    • pear(ni dia tak tau)
    • cherry (ni pun dia tau nama )
ulasan 
# amer masih tidak boleh atau tidak mengenali nama buah-buahan dengan betul tetapi tahu itu adalah buah dan boleh makan

# ibu akan berusaha mengenalkan amer dengan nama buah-buahan mungkin akan membawanya ke pasaraya besar untuk memberi gambaran atau bentuk sebenar buah-buahan 

7 Sept 2014

mengenal kenderan

aktiviti : mengenal kenderaan yang berada di air, udara dan darat

objektif : supaya amer mengetahui apakah yang dinamakan kenderaan

alatan : blok yang mempunyai pelbagai gambar : ibu beli blok kat kedai RM 2.00 dan harganya pun RM                   2.00la (sangat murah dan berbaloi- tapi blok ni dibuat daripada plastik je la)

arahan :
1. meminta amer membuka mainannya dan menyelerakkan
2. dan menyatakan tentang sifat kenderaan.... menjadi pengangkutan kepada manusia...    membawa sesuatu     atau sesiapa sahaja ke tempat yang dituju..... kebiasaannya mempunyai roda dan keupayaan untuk                 bergerak (amer macam paham tetapi masih ada lagi yang dia tidak paham)
3. memintanya mencari pada setiap blok- minta dia cari dan berikan nama
 ~ basikal
~ kereta
~ keretapi
~ kapal terbang
~ motorsikal (amer kata motor saja... bukan motorsikal- aku ikut kan saja)
~ lori
~ bas
~kapal laut (ini amer tak tahu tapi dia boleh tunjukkan gambar ini)

4. ibu suruh susun dan sebut lagi sekali  ( masih tak ingat nama kapal laut )- mungkin tak pernah tengok...
5. ibu terangkan kenderaan ini berada di air, udara atau laut...


ulasan

1. hari ini sangat gembira amer dapat mengenal kenderaan kecuali kapal laut
2. ibu cuba membawa amer mungkin ke pantai atau berhenti sekejap dalam perjalanan balik kampung untuk     menunjukkan kepada amer bagaimana rupa kapal, bot dan perahu sebenar. suapaya dia dapat bezakan.





     

8 Jul 2014

ramadhan 2014 : permulaan yang sangat baik

ramadhan ini adalah permulaan yang ssangat baik unutk aku... pada malam harinya menyambut kehadiran ramadhan hujan turun membasahi bumi,... memberi sedikit kelegaan kepada aku... yang sekarang rasanya bahang mentari sangat panas...

banyak benda yang ingin aku buat pada ramadhan ini


mengaji quran .... solat terawih dan bersedekah...

walaupun sedikit aku akan cuba buat dengan sebaiknya...

5 May 2014

saidina sambil membilang

aktiviti : bermainan saidina sambil membilang

objektif : mengukuhkan lagi pemahaman membilang

alatan : permainan saidina

arahan :


  • permainan ini sebenarnya dimainkan dengan abah amer 
  • menggunakan hanya satu dadu memandangkan amer baru diajar membilang dari satu hingga lima 
  • tidak melibatkan wang dalam permainan ini hanya menggerakkan buah setelah melambung dadu
  • meminta amer melambung dadu
  • meminta mengira berapa bilangan pada dadu
  • menggerakkan buah mengikut bilangan dadu 
  • sehingga habis pusingan .... siapa sampai dulu dikira pemenang 
  • amer memenagi pertandingan ini, dan dia melompat kegembiraan. 
ulasan : 

#  amer amat gembira permain permainan ini dengan abah 

#  amer sudah makin mahir membilang sehingga enam]

~ juga sudah pandai membilang sehingga sepuluh   


27 Apr 2014

mandi dan membilang

aktiviti 4 : mandi sambil membilang 

objektif  : mengukuhkan lagi pemahaman membilang  1-5

aktiviti : membilang anggota badan ketika mandi 

alatan : peralatan mandi 

 arahan : 
  • meminta amer mandi
  • meminta amer menggunakan sabun dan membersihkan diri
  • meminta amer menunjukkan anggota badannya 
  • meminta amer membilang mata, hidung, mulut, telinga, tangan, kaki, jari tangan kanan, jari tangan kiri jari kaki kanan jari kaki kiri dan pusat 
  • menerangkan serba sedikit tentang fungsi anggota badan
    • mata- melihat 
    • mulut- bercakap dan makan
    • tangan - memegang, mengambil, membaling berdoa 
    • kaki- berjalan
    • jari-mencubit
  • menerangkan kenapa Allah bagi anggota badan kepada Amer - supaya amer bersyukur( tapi nampak macam amer tak berapa faham konsep bersyukur ~ibu kena cari cara yang lebih baik untuk mamahamkan amer tentang konsep bersyukur~
ulasan : 

#ibu amat gembira amer dah  boleh membilang daripada 1-5

#supaya amer bersyukur( tapi nampak macam amer tak berapa faham konsep bersyukur 
~ibu kena cari cara yang lebih baik untuk mamahamkan amer tentang konsep bersyukur~

MENULIS NOMBOR 1-5

aktiviti 3 : menulis nombor 1-5

objektif : memahirkannya menulis nombor 1-5

aktiviti : menulis nombor 1,2 dan 3

alatan : lembaran kertas yang mengandungi nombor 1, nombor 2, dan nombor 3
            pencil dan  magic pen 

arahan :
  • meminta amer menulis nombor 1 dengan mengikut titik yang membentuk nombor 1
  • meminta amer menulis nombor 1 di petak yang kosong tanpa mengikut titik-titik.
  • meminta amer menulis nombor 2 dengan mengikut titik yang membentuk nombor 2
  • meminta amer menulis nombor 2 di petak yang kosong tanpa mengikut titik-titik.
  • meminta amer menulis nombor 3 dengan mengikut titik yang membentuk nombor 3
  • meminta amer menulis nombor 3 di petak yang kosong tanpa mengikut titik-titik.
ulasan : 

# pada pemerhatian ibu amer dan boleh tulis nombor satu dan dua dengan baik tetapi nombor tiga agak mengelirukan mungkin amer menggunakan tangan kiri untuk menulis. permulaan menulis nombor satu bermula dari atas tetapi amer nampaknya lebih biasa bermula dari bawah ke atas.  begitu juga nombor dua. bermula dari kanan ke kiri. setelah ibu ajar amer cara penulisan yang betul .... dia berjaya menulisnya dengan baik...

25 Apr 2014

nombor lagi

aktiviti  2 : 25 April 2014

objektif : mengukuhkan pemahaman nombor 1-5

aktiviti : memasukkan guli untuk mengukuhkan pemahaman no 1-5

alatan : guli , bekas plastik ( aku gunakan bekas sumi... cawan pun bleh pakai yang plastik la... )sudu, pengepit kuih,


arahan :

  •  meminta amer memasukkan setiap bekas sebiji guli
  • meminta amer memasukkan setiap bekas dua biji guli 
  • meminta amer masukkan setiap bekas 3 biji guli sambil mengira
  • meminta amer memasukkan setiap bekas 4 biji guli sambil mengira
  • meminta amer memasukkan setiap bekas 5 biji guli sambil mengira 
  • aktiviti bebas ... memasukkan berapa sahaja guli dalam besen dan meniru gaya ibu memasak... (alahai anak, apa yang amer nampak itulah yang amer tiru,,..... )
  • ibu memasukkan bilangan yang berbeza di dalam bekas dan meminta amer mengira 

ulasan :

# sudah boleh mengira 1-5. amer dapat mengira dengan tepat bilangan guli yang aku letakkan dalam bekas plastik 


                                                                                                                  bersambung xtvt lain pulak.....




           
 

24 Apr 2014

99 nama-nama ALLAH.....ALLAH

ALLAH adalah Pencipta segala makhluk daripada yang tiada kepada ada...
ALLah yang menciptakan langit dan bumi
ALLAH yang mencipta manusia, haiwan dan tumbuhan
ALLAH pencipta yang Maha Agung....
ALLAH....ALLAH....ALLAH...ALLAH

mengenal nombor 1-5



skang ni masa untuk aku mula mengajar anak aku mengenal nombor...
memahami nombor dan membilang dari satu hingga lima... walaupun umur dah masuk 3 tahun lebih tapi aku tidak pernah mengajar dia secara langsung... cuma secara tidak langsung semasa menaiki tangga sahaja
bermula april aku telah membuat jadual untuk mula memperkenalkan dia secara rasmi pembelajaran.. tetapi permulaan april yang agak menyedihkan ini membataskan perancangan aku....
jadi bermula minggu ini 21 april aku start mengenalkan dia nombor 1, 2, 3, 4 dan 5

aku tulis pada sekeping kertas dan aku tunjukkan dia


aktiviti pertama :  21/04/2014 - 9.00 malam -9.20 malam

objektif  : mengenal nombor 1-5

aktiviti : memperkenalkan nombor dan bentuk 1, 2, 3, 4 dan 5

alatan : marker pen, highlight, kad manila kecil

ulasan : 

#sudah boleh membilang dengan urutan nombor 1-5

#mengenal nombor 1, 3, 4

#masih keliru antara no 2 & 5

(perlu belajar sambil bermain supaya lebih gembira untuk belajar)

                                                                                                                                 bersambung ........






16 Apr 2014

pergi tak kembali

salam...

bulan ini adalah bulan kesedihan buat kami sekeluarga... nenda tercinta telah pergi meninggal kami dengan tenang sekali....

Al fatihah buat insan yang sangat suka bercerita  dan sangat tenang dalam setiap tingkahlaku... insan yang banyak mengajar tentang kesabaran dan yang terlalu banyak mencurahkan kasih sayang buat cucu-cucu...

Insan ini yang setiap kali pulang ke kampung akan menjadi tempat untuk mencurahkan apa sahaja cerita...

namamu ... tingkahmu... kasih sayang mu terpahat kukuh dalam ingatan kami cucundamu....


pada tanggal 5hb April 2014 jam 8.40 malam wan pergi meninggalkan kami semua dengan tenang...

Ya Allah rindu nya aku pada wan....






17 Mar 2014

syukur lagi...

Aku ingin jadi hamba Allah yang selalu besyukur dengan segala kurniaannya....

kalau aku kaya .....apa yang aku buat.. bersyUkur ke... atau terus belanjakan apa

saja benda yang aku nak....

jadi bersyUkurlah aishah dengan apa yang telah dicapai apa yang telah Allah kurniakan dan apa yang Allah

rancagkan.... semuanya adalah baik dan sesuai dengan fitrah mu...