30 May 2013

KAWEN : list 2

4. toiletries 
- ari tu adik aku n tunang di dah pegi shopping... barang-barang tu semua dah ada kat umah aku...
-skang tinggal nak pakai otak aku sedikit berkarat tapi masih tajam.... untuk mendeko n mencantikkan lagi
- tunggulah entri aku yang akan datang untuk lihat hasilnya.... e...
bajet : barang e diorang punyer bajet la deko e... RM 30.00 x 2

5. kain telekong & quran
- ni aku yang tolong beli... dah ader gak kat umah.... bajet... tak mau citer ler... yang sedang-sedang ajer....
bajet : deco RM 35.00 x 2

6. jam
- ni tuan empunya badan membeli.. aku tinggal buat bekas jer....
bajet deco : RM 35.00 x 2 jugak

7. kasut & handbag
- ini pun empunya badan punya citarasa aku ringgal menggubah ajer la...kata nak bajet yang bijak...'
bajet deco : RM 35.00 x 2


bajet semua untuk deco :RM 565.00 untuk dua pihak. 
ni semua anggaran untuk deco hantaran : bila dah siap dan dapat bajet sebenar aku citer lagi yer ...

bye sambung kerja....... 

22 May 2013

KAWEN : LIST BARANGAN DECOR HANTARAN

skang ni nak plan buat list untuk barang-barang yang akan dibeli untuk decor hantaran perkahwinan adik ke tiga aku ......

1. Sirih 
-sirih- rasanya pakai sirih palsu jer kot ... sebab hantaran buat kat sini... lepas siap baru hantar terengganu
-gambir, kapur, pinang - barang ni semua nak kena cari kat terengganu jer.... pinang yang paling   bermasalah... mungkin aku cari kat kedai india jer...
-gula, garam, asam dan kayu kayan rempah - tu dah ada kat umah... tunggu nak punjut-punjut jer....
- bunga untuk hiasan... aku pakai bunga platik tu jer senang----nak cari fresh flower macam  orang skang ni.... payah la skit... banyak kekangan e....
-span nak menyucuk segala bagai....
- dawai, pelilit hijau ... benda-benda kecik yang mesti ada sewaktu nak membuat sirih junjung ini.....
- bakul atau tempat letak sisrih ni... aku tak pikir lagi apa aku nak guna... tengok kat sana esok mana yang berkenan .... jalan....

bajet nyer: RM 70 untuk dua hantaran

2. Buah 
- bakul
-bunga
-sedikit reben
- buah mesti ada la...

RM 30+RM10+RM15=RM55+RM 10+ RM 10
bajetnyer : RM 75 untuk dua hantaran (buah sendirian berhad )


3. Kuih 
-kuih
-bekas

bajetnyer : RM 60 untuk satu hantaran  hiasan dan gubahan bekas (kuih sendirian berhad)

4. kek 
- tempah kat kedai kek kuala berang saja....
- bunga atas kek untuk hiasan
bajetnyer : RM 90 untuk  satu hantaran 
 berrsammmmmbunggg......


13 May 2013

hari sibuk tiba lagi

time ni aku dah nak mula sibuk nak buat persiapan untuk hari nikah adik aku yang sorang ni... nak  nikah dalam bulan 6 ni.... aku sebagai kakak e,... da mula tanya pasal barang-barang hantaran, kad kawin... goodies nak bagi atau tak ... barang hantaran nak buat atau tempah,,... ni kerja aku la... tapi aku suka buat benda-benda cam ni... agak mencabar tapi puas hati.... rasa puas jer bila dah siap.... cantik jer kat mata aku....kat mata orang lain tak tau .... tapi aku rasa dorang puas hati... kalu mesti da ada yang  komen


 gubahan hantaran yang pernah aku buat :
1. majlis tunang aku dulu... tahun 2002
2. majlis kawen aku tahun 2004
3.majlis tunang adik ke dua aku ... tak ingat tahun bila e
4. majlis kawen adik ke dua aku....tahun pun tak  ingat
5.majlis tunang kawan aku... ena
6. majlis kawen kawan aku ena
7. majlis tunang yatie
8. majlis tunang adik ke 5 aku
9. majlis kawen adik ke 5 aku
10. majlis tunang fendi
11. majlis kawen Fendi
12. majlis tunang adik ke 6 aku
13. 1/2 majlis adik ke 3 aku...
14. bakal majlis kawen adik ke 3
15. bakal majlis kawen barang pihak perempuan adik ke tiga.... (berbelit e)
16. lupa satu lagi.... majlis kawen barang pihak lelaki adik ke 5 aku

WOW...

dah  banyak gak la... tangan aku ni buat gubahan hantaran ni,,....
nak jugak aku kumpulkan gambar-gambar gubahan ni... tapi time tu aku tak der ...
hp yang ada kamera... kalu tak dah lama aku snap gambar...


ni start tahun 2002 sampai skang... ni biasa aku buat bajet yang biasa-biasa sahaja ni.... tak mahal sangat tak murah sangat,....


tahun lepas untuk tujuh dulang hantaran bajet dan RM 200.00- RM 250.00

tahun ni aku rasa untuk tujuh dulang hantaran dah naik skit,.... sebab tengok barang-barang kat kedai kawasan puchong ni semua dah naikk...

2 May 2013

jom kita mengundi....

jom kita keluar mengundi...tu la nyanyian paling biasa keluar kat tv

ajak orang-orang malaysia ni keluar mengundi untuk tentu kan siapa yang layak

menjadi pemerintah dan menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada kita...

dan kepada sesiapa yang memerintah atau diberi tanggungjawab oleh rakyat

untuk rakyat.... perlu menggalasnya dengan amanah kerana di akhirat nanti

akan ditanya dan dipersoalkan apa sahaja amanah dan tanggungjawab itu....

dan hakikat yang paling penting agama ALLAH ini perlukan pembela yang betul-betul

amanah dan sanggup memperjuangkannya hingga titisan darah terakhir....


jom kita tentukan pemimpin.......

balik la mengundi......