19 Nov 2015

jadual mengepam susu kat opis

susu.... susu.... susu.. itu yang setiap hari di pikirkan dan tiap hari berdoa agar susu keluar banyak untuk anak aku minum...


bila susu drop atau sedikit pada hari tersebut rasa macam down jer.. rasa nak bagi susu formula... tapi aku kena kuat demi anak aku....


moga kesabaran kami dalam menghadapi ujian mu ini yang Allah akan mendapat ganjaran pahala....

jadual hari aku akan pastikan susu akan dipam sebanyak tiga kali ketika tempoh aku bekerja ni....

tetapi masa untuk mengepam tidaklah terlalu rigid... tiba time pukul sepuluh kena pam.... bergantung kepada kesibukkan akula...

alhamdulillah sepanjang lima bulan aku mengepam susu ni... aku punya boss sangat bertimbang rasa dan membenarkan aku mengepam susu semasa bekerja ... masa untuk sessi megepam mengambil masa 15-20 minit setiap sessi... terima kasih my bosss....

biasanya jam 10.30, 12.30 dan 4.00 petang adalah sessi mengepam aku... dam setiap hasil susu aku catatkan supaya dapat menilai kenapa hari ni banyak dan kenapa hari ni kurang....






No comments:

Post a Comment